WQC 2025: Industri halal pelindung penting ekonomi Islam

Iszam
Iszam
A
A
A

KUALA LUMPUR - Industri halal menjadi pelindung dan pemacu penting ekonomi Islam yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya oleh semua negara Islam.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Iszam Padil berkata, ini kerana kelebihan itu tidak dimiliki oleh negara bukan Islam.

“Industri halal satu-satunya yang kita ada di dunia tetapi tidak bagi negara bukan Islam. Ia mesti datang dari negara Islam dahulu.

“Jadi, komuniti Islam sama ada berada di Malaysia, Amerika Syarikat (AS) atau mana-mana negara, kita harus bekerjasama dalam konteks sebagai pengguna untuk memastikan apa sahaja produk yang dikatakan halal adalah halal seperti yang didakwa,” katanya.

Iszam pada sesi perkongsian berkenaan industri halal sempena World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.
Iszam pada sesi perkongsian berkenaan industri halal sempena World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika sesi perkongsian berkenaan industri halal sempena World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.

Mengulas lanjut, Iszam berkata, industri halal kini bukan sahaja penting kepada negara Islam tetapi turut mendapat permintaan dalam kalangan negara bukan Islam terutama pensijilan halal Jakim yang dikeluarkan Malaysia.

Menurutnya, keadaan itu didorong oleh pengiktirafan dunia yang tinggi terhadap sijil halal Jakim kerana ia diiktiraf sebagai badan pensijilan halal bertaraf dunia.

Artikel Berkaitan:

Peserta tekun mendengar perkongsian hari kedua World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.
Peserta tekun mendengar perkongsian hari kedua World#QuranConvention 2025 di Perdana Hall Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada Ahad.

“Kesedaran mengenai halal kini bukan sahaja tentang produk berasaskan makanan semata-mata tetapi juga melibatkan kosmetik, ubat-ubatan dan juga peralatan perubatan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui agak terkilan apabila pemilikan sijil halal dalam kalangan pengusaha di negara ini kurang diberi perhatian.

Sedangkan katanya, semua pihak pihak dan negara menyedari akan pentingnya memiliki sijil pengesahan halal Jakim.

Ringkasan AI

  • Industri halal penting bagi ekonomi Islam dan harus dijaga oleh negara Islam
  • Industri halal adalah kelebihan yang ada pada negara Islam dan tidak pada negara bukan Islam
  • Kesedaran tentang produk halal kini meluas kepada kosmetik, ubat-ubatan dan peralatan perubatan
  • Pensijilan halal Jakim dari Malaysia mendapat pengiktirafan tinggi di peringkat dunia
  • Kurangnya pemilikan sijil halal dalam kalangan pengusaha di Malaysia walaupun penting

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!