Kes di Simpang Renggam dipercayai berkait kluster tabligh Sri Petaling

Ijtimak tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu.
Ijtimak tabligh yang berlangsung di Masjid Jamek Sri Petaling pada 28 Februari hingga 2 Mac lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Peningkatan mendadak kes positif koronavirus (Covid-19) di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang yang kini diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dipercayai ada kaitan dengan kluster perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada penduduk kampung itu yang menghadiri program tersebut dan tidak mengasingkan diri (kuarantin) selepas pulang dari perhimpunan berkenaan.

“Mungkin ada juga yang menghadiri kenduri di kawasan mereka kerana tidak sedar bahawa diri mereka dijangkiti wabak berkenaan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi 17 kes positif Covid-19 di kawasan PKPD Simpang Renggam