Sultan Johor minta rakyat di Simpang Renggam bertenang

Sultan Ibrahim
Sultan Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu penduduk di dua kawasan di Simpang Renggam, Kluang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak tengah malam tadi supaya mematuhi arahan pihak berkuasa.

Sultan Johor mahu penduduk-penduduk kawasan terbabit juga supaya bertenang dan memberi kerjasama penuh kepada petugas-petugas perubatan.

"Saya amat berharap penduduk-penduduk di dua kawasan yang terbabit bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas perubatan bagi membendung jangkitan koronavirus (Covid-19) daripada menular ke kawasan lain.

ARTIKEL BERKAITAN: 61 dari Simpang Renggam positif Covid-19, PKPD dilaksana