Kedutaan Besar China sumbang 10,000 topeng muka kepada Imigresen

Khairul Dzaimee (kiri) menerima sumbangan daripada Bai Tian berupa 10,000 topeng muka di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hari ini.
Khairul Dzaimee (kiri) menerima sumbangan daripada Bai Tian berupa 10,000 topeng muka di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) hari ini menerima sumbangan sebanyak 10,000 topeng muka daripada Kedutaan Besar China di Malaysia bagi kegunaan pegawai dan anggota yang bertugas di barisan hadapan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, sumbangan disampaikan di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya oleh Duta Besar China di Malaysia, H E Bai Tian.

"Jabatan ini merakamkan ucapan terima kepada kerajaan China di atas sumbangan topeng muka ini yang akan digunakan oleh pegawai yang bertugas di barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Duta Besar China dalam ucapan ringkasnya memaklumkan pemberian topeng muka ini sebagai tanda penghargaan Kerajaan China kepada Imigresen yang telah menguruskan rakyat negara tersebut dengan baik sepanjang tempoh mereka terkandas di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hadir sama dalam sesi penyerahan sumbangan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan), Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Datuk Makhzan Mahyuddin.

Artikel Berkaitan: