Angka korban banjir, tanah runtuh di Indonesia meningkat kepada 811

Seramai 811 orang terkorban dan 623 lagi hilang dalam banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
Seramai 811 orang terkorban dan 623 lagi hilang dalam banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
A
A
A

JAKARTA - Seramai 811 orang terkorban dan 623 lagi hilang dalam banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat, menurut data rasmi terbaharu Agensi Pengurusan Bencana Negara Indonesia (BNPB) pada Rabu, lapor Xinhua.

BNPB dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima 40 tan bekalan bantuan pada Selasa, yang diselaraskan oleh Kementerian Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi.

Bantuan itu merangkumi makanan, air minuman dan peralatan perubatan untuk diedarkan ke kawasan terjejas di ketiga-tiga wilayah berkenaan.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto berkata, bantuan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap komuniti yang terkesan bencana, sambil menambah bahawa ia diharap dapat “memenuhi keperluan mendesak, mempercepatkan proses respons bencana dan memberi kekuatan kepada semua pihak yang berusaha memulihkan keadaan”.

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto pada Selasa berkata, keutamaan kerajaan ketika ini termasuk memenuhi keperluan penduduk, mempercepat pemulihan sosioekonomi serta membaiki infrastruktur yang terjejas akibat bencana. - Bernama/Xinhua

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • JAKARTA - Seramai 811 orang terkorban dan 623 lagi hilang dalam banjir dan tanah runtuh di wilayah Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat
  • BNPB menerima 40 tan bekalan bantuan yang merangkumi makanan, air minuman dan peralatan perubatan
  • Bantuan itu mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap komuniti yang terkesan bencana
  • Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto, mengharapkan bantuan dapat mempercepatkan proses respons bencana
  • Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menyatakan keutamaan kerajaan adalah memenuhi keperluan penduduk dan mempercepat pemulihan sosioekonomi serta infrastruktur

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!