KPT tidak lindungi penuntut IPTA terlibat aktiviti songsang - Zambry

Penuntut universiti, warga emas antara 13 lelaki ditahan terlibat aktiviti songsang dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai pada Sabtu.
Penuntut universiti, warga emas antara 13 lelaki ditahan terlibat aktiviti songsang dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai pada Sabtu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan penuntut universiti awam (IPTA) yang disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang di sebuah premis, di Pulau Pinang baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pihak jika disabitkan.

"Selagi perkara itu dilakukan di luar lingkup undang-undang, maka kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tanggungjawab," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Apresiasi Festival IDEA Putrajaya di sini pada Rabu.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seramai 13 lelaki ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam aktiviti songsang di sebuah premis perniagaan di Bandar Perai Jaya, Perai pada Sabtu.

Daripdaa Jumlah itu, antara yang ditangkap adalah warga emas dan pelajar IPTA.

Difahamkan ketika serbuan beberapa lelaki berkenaan sedang melakukan aktiviti sauna dan hanya berpakaian dalam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM)
  • Menteri menyatakan tidak akan melindungi mana-mana pihak jika disabitkan
  • Tanggungjawab diserahkan kepada pihak berkuasa jika dilakukan di luar undang-undang
  • Seramai 13 lelaki ditahan polis kerana terlibat dalam aktiviti hubungan songsang
  • Antara yang ditangkap adalah warga emas dan pelajar IPTA

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!