Sabah bincang hak 40 peratus dalam mesyuarat pertama Kabinet

Masidi mendaftar masuk ke Pejabat Menteri Kewangan di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.
Masidi mendaftar masuk ke Pejabat Menteri Kewangan di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Rabu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Hak 40 peratus negeri adalah antara perkara yang turut dibincangkan dalam mesyuarat pertama Kabinet Perpaduan Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Dua, Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata, perkara tersebut telah diletakkan sebagai keutamaan dalam mensyuarat yang berlangsung pada Rabu itu.

Katanya, ia bagi memastikan apa yang telah diputuskan dan dimaklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dapat diimplementasikan secepat mungkin.

"Harapan kita, akan sampai kepada satu angka yang dipersetujui bersama. Peraturan itu jelas 40 peratus dan peraturan itu sebahagian daripada konstitusi kita.

"Saya rasa kita tidak boleh mempunyai kompromi dengan konstitusi," katanya dalam sidang media di Pejabat Menteri Kewangan, Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

Mengulas isu ketidakpuasaan hati beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang didakwa berlaky baru-baru ini, Masidi menegaskan semua pihak harus melihat keutamaan mereka ketiak ini. 

"Prioriti ketika ini ialah memberi perkhidmatan kepada rakyat.

"Persoalan siapa musuh sebelum ini sudah tidak releven. Di akhirat besok saya tidak fikir kita akan ditanya apa parti kamu," katanya.

Justeru, beliau berharap semua pihak perlu melihat ke hadapan, berhenti berpolitik dan bersama-sama memajukan Sabah.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Hak 40 peratus negeri dibincangkan dalam mesyuarat pertama Kabinet Perpaduan Sabah
  • Perkara itu diletakkan sebagai keutamaan dalam mesyuarat
  • Tujuan untuk memastikan apa yang diputuskan dapat diimplementasikan secepat mungkin
  • Menegaskan tidak boleh kompromi dengan konstitusi berkaitan hak 40 peratus
  • Menyeru semua pihak berhenti berpolitik dan bersama-sama memajukan Sabah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!