PRN Sabah: 17 ADUN dilantik Pembantu Menteri, enam lagi ADUN Dilantik

Joniston semasa mengangkat sumpah pada Majlis Angkat Sumpah Pembantu-Pembantu Menteri dan ADUN Dilantik di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.
Joniston semasa mengangkat sumpah pada Majlis Angkat Sumpah Pembantu-Pembantu Menteri dan ADUN Dilantik di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Seramai 17 Pembantu Menteri mengangkat sumpah dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik menerima watikah pelantikan pada Majlis Angkat Sumpah di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa.

Majlis penuh istiadat itu menyaksikan pelantikan Pembantu-Pembantu Menteri baharu terdiri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan ADUN Bebas.

Mereka mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan jemaah Kabinet Sabah.

Roger menerima watikah pelantikan daripada Tun Musa semasa Majlis Angkat Sumpah Pembantu-Pembantu Menteri dan ADUN Dilantik di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.
Roger menerima watikah pelantikan daripada Tun Musa semasa Majlis Angkat Sumpah Pembantu-Pembantu Menteri dan ADUN Dilantik di Istana Seri Kinabalu, Kota Kinabalu.

Antara yang mengangkat sumpah jawatan ialah ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai; ADUN Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah; ADUN Klias, Datuk Isnin Aliasnih; ADUN Labuk, Datuk Samad Jamri; ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury; ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam; ADUN Tandek, Datuk Hendrus Anding dan ADUN Telupid, Datuk Jonnybone J Kurum.

Turut disenaraikan ialah ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim; ADUN Tanjung Kapor, Datuk Ben Chong; ADUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan; ADUN Kukusan, Datuk Rina Jainal; ADUN Bandau, Datuk Maijol Mahap; Datuk Ceasar Mandela Malakun (ADUN Dilantik); ADUN Tanjong Batu, Dr Andi Md Samsureezal; ADUN Tulid, Jordan Jude Ellron dan ADUN Bingkor, Mohd Ishak Ayub.

Majlis turut menyaksikan pelantikan enam ADUN Dilantik iaitu Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi; Datuk Abdul Kassim Razali; Datuk Ir Chin Shu Ying; Mandela; bekas Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS), Datuk Roger Chin dan Grace Lee Li Mei.

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seramai 17 Pembantu Menteri mengangkat sumpah dan enam ADUN Dilantik menerima watikah pelantikan di Istana Seri Kinabalu
  • Pembantu-Pembantu Menteri baharu terdiri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan ADUN Bebas
  • Pelantikan disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan jemaah Kabinet Sabah
  • Antara yang mengangkat sumpah termasuk ADUN Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai dan ADUN Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah
  • Enam ADUN Dilantik termasuk Datuk Mohamed Razali Mohamad Razi dan bekas Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, Datuk Roger Chin

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!