Mangsa banjir bertahan hidup makan durian

JAKARTA – Bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda daerah Tapanuli Tengah (Tapteng), Sumatera Utara semakin membimbangkan apabila sebahagian penduduk yang terputus hubungan terpaksa bergantung pada buah durian sebagai sumber makanan untuk terus hidup.
Perkembangan itu dimaklumkan oleh seorang penduduk, Masinton Pasaribu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya.
Menurutnya, penduduk di kawasan tersebut kini berdepan kekurangan bekalan makanan asas.
“Ada penduduk di kampung yang terputus hubungan hanya mampu bertahan dengan memakan durian,” tulisnya
Tambahnya lagi, stok beras semakin berkurangan, barisan di stesen minyak semakin panjang dan bekalan gas untuk memasak juga semakin menyusut.
Sementara itu, laporan terkini daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Utara pada pagi Selasa mengesahkan seramai 290 orang telah terkorban, manakala 154 lagi masih belum ditemui.
Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan, namun keadaan cuaca yang tidak menentu serta kerosakan jalan raya menyebabkan bantuan sukar dihantar ke kawasan yang terputus hubungan.
Ringkasan AI
- Jakarta dilanda banjir dan tanah runtuh menyebabkan penduduk Tapanuli Tengah terputus hubungan bergantung pada durian untuk hidup
- Penduduk menghadapi kekurangan bekalan makanan asas
- Stok beras menipis, barisan panjang di stesen minyak dan bekalan gas untuk memasak berkurangan
- 290 orang telah terkorban dan 154 masih belum ditemui
- Operasi mencari dan menyelamat terganggu oleh cuaca buruk dan kerosakan jalan raya
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

