Pinda Seksyen 377B, mahu liwat dikira kesalahan walaupun suka sama suka - Peguam

Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan gesa pindaan Seksyen 377B bagi menjadikan perbuatan liwat sebagai kesalahan walaupun dilakukan secara suka sama suka. Gambar kecil: Nik Saiful Adli
Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan gesa pindaan Seksyen 377B bagi menjadikan perbuatan liwat sebagai kesalahan walaupun dilakukan secara suka sama suka. Gambar kecil: Nik Saiful Adli
A
A
A

KOTA BHARU - Pertubuhan Bertindak Peguam dan Intelek Kelantan menggesa supaya Seksyen 377B dipinda bagi menjadikan perbuatan liwat satu kesalahan jenayah walaupun dilakukan atas dasar suka sama suka.

Pengerusinya, Nik Saiful Adli Burhan turut berpandangan bahawa undang-undang syariah bagi umat Islam itu wajar diperkasakan untuk merangkumi kesalahan berkaitan perlakuan seksual sesama jantina.

"Terdapat keperluan mewujudkan peruntukan undang-undang yang membolehkan individu yang terlibat dalam perlakuan homoseksual dirujuk kepada sesi kaunseling atau rawatan, selain pengawasan berkala melalui perintah mahkamah.

"Bagaimanapun, pandangan tersebut menerima kritikan pelbagai pihak sebelum ini kerana rawatan paksa dan terapi penukaran orientasi seksual dianggap tidak diiktiraf dalam garis panduan kesihatan antarabangsa, termasuk WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia)," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Menurut beliau, saranan itu dibuat atas keyakinan bahawa langkah penguatkuasaan serta pemantauan dapat mengekang perkembangan budaya yang dianggap bertentangan dengan norma masyarakat di negara ini.

Ujarnya, kepincangan yang wujud dalam undang-undang sedia ada perlu ditangani segera agar pihak berkuasa mempunyai asas kukuh dalam tindakan penguatkuasaan.

Mengulas lanjut, Nik Saiful Adli memberitahu, penangkapan lebih 171 individu tempatan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan lelaki baru-baru ini membuka semula perbahasan mengenai keberkesanan peruntukan undang-undang berkait perlakuan seksual di negara ini.

"Kes berkenaan mendedahkan jurang dalam undang-undang sedia ada apabila permohonan reman atas siasatan kesalahan liwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan tidak dapat diteruskan kerana ketiadaan pihak yang tampil sebagai mangsa.

"Kesalahan liwat lazimnya memerlukan elemen paksaan atau tindakan terhadap individu tanpa persetujuan, menyebabkan penyiasatan sukar diteruskan apabila perbuatan dilakukan secara sukarela," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, keadaan ini menunjukkan adanya kekaburan yang perlu diteliti semula dalam rangka kerja perundangan negara.

 

 

Ringkasan AI

  • Pertubuhan di Kelantan menggesa pindaan Seksyen 377B untuk jadikan liwat kesalahan jenayah
  • Undang-undang Syariah bagi umat Islam perlu diperkasakan untuk merangkumi kesalahan seksual sesama jantina
  • Terdapat cadangan bagi individu homoseksual dirujuk untuk kaunseling atau rawatan dan pengawasan mahkamah
  • Pandangan ini dikritik kerana rawatan paksa dan terapi orientasi seksual tidak diiktiraf oleh WHO
  • Penangkapan 171 individu dalam serbuan menunjukkan jurang dalam undang-undang sedia ada berkaitan perlakuan seksual

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!