Mangsa banjir simpan mayat ibu dalam peti sejuk sementara tunggu pasukan penyelamat

Peti sejuk yang digunakan mangsa untuk menyimpan mayat ibunya.
Peti sejuk yang digunakan mangsa untuk menyimpan mayat ibunya.
A
A
A

HAT YAI – Seorang anak terpaksa menyimpan mayat ibunya di dalam peti sejuk selepas wanita warga emas itu lemas di dalam rumah mereka yang dilanda banjir di sini.

Memetik laporan Sanook, banjir mula melanda kawasan perumahan mangsa pada 21 November lalu susulan hujan lebat berterusan yang melanda wilayah Songkhla sejak beberapa hari sebelumnya.

Paras air dilaporkan meningkat mencecah kira-kira 1.8 meter, sekali gus menenggelamkan sepenuhnya kediaman mangsa dan beberapa rumah lain di kawasan berkenaan.

Mangsa yang berusia sekitar 80-an itu dipercayai tidak mampu menyelamatkan diri kerana tidak pandai berenang selain mempunyai pergerakan yang terbatas.

Wanita tersebut dilaporkan cuba berpaut pada perabot di dalam rumah sebelum lemas akibat arus deras.

Mangsa yang ditemukan dalam keadaan lemah di dalam rumahnya.
Mangsa yang ditemukan dalam keadaan lemah di dalam rumahnya.

Anak mangsa yang turut terperangkap bersama dua jiran kemudiannya mengambil keputusan memasukkan mayat ibunya ke dalam peti sejuk bagi melambatkan proses pereputan sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

Menurut laporan itu, peti sejuk berkenaan turut diikat dan dibiarkan terapung di dalam rumah yang ditenggelami banjir bagi mengelakan jasad daripada dihanyutkan arus.

Artikel Berkaitan:

Keadaan terdesak itu berlarutan selama hampir tiga hari sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi pada 24 November dengan menggunakan bot.

Mayat warga emas tersebut masih berada di dalam peti sejuk ketika pasukan penyelamat tiba, manakala anak perempuannya dilaporkan berada dalam keadaan sangat lemah akibat keletihan dan trauma kerana terperangkap dalam banjir.

Wanita itu kemudiannya dibawa keluar dari kawasan berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut sementara mayat ibunya diserahkan kepada pihak berkuasa bagi urusan seterusnya.

Ringkasan AI

  • Anak terpaksa simpan mayat ibu dalam peti sejuk selepas lemas akibat banjir di Hat Yai
  • Banjir melanda kawasan perumahan mangsa pada 21 November akibat hujan lebat
  • Paras air meningkat mencecah 1.8 meter, menenggelamkan kediaman mangsa
  • Mangsa yang berusia sekitar 80-an lemas tidak mampu menyelamatkan diri akibat tidak pandai berenang
  • Pasukan penyelamat tiba hampir tiga hari selepas kejadian, mayat di dalam peti sejuk dan anak mangsa dalam keadaan lemah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!