Dicekup minum arak tepi kedai bunga

Lima lelaki ditahan ketika sedang leka minum arak di tepi sebuah kedai bunga pagi tadi.
Lima lelaki ditahan ketika sedang leka minum arak di tepi sebuah kedai bunga pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Lima lelaki termasuk seorang warga India ditahan ketika sedang minum arak di tepi sebuah kedai bunga di Jalan Burma di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, semua lelaki berusia lingkungan 33 hingga 57 tahun itu ditahan ketika menjalankan Ops Covid-19 pada jam 10 pagi.

Menurutnya, warga India tersebut gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah ketika pemeriksaan dijalankan.

"Kita telah menahan lima lelaki kerana mereka didapati sedang berkumpul dan meminum arak di tepi sebuah kedai bunga di sini.

"Oleh itu, mereka ditangkap kerana didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan dipercayai melakukan perbuatan yang boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Soffian berkata, empat lelaki tempatan direman sehingga 28 Mac ini manakala warga asing direman selama 14 hari.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

Artikel Berkaitan: