Tujuh lelaki direman empat hari langgar PKP

Kesemua mereka direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Kesemua mereka direman empat hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.
A
A
A

GEORGETOWN - Tujuh lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kerana didapati bermain bola sepak dan berjoging di kawasan padang di Jalan DS Ramanathan, Pulau Tikus di sini petang semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati di Mahkamah Majistret Georgetown di sini pagi tadi.

Terdahulu, kesemua mereka ditahan pada jam 6.10 petang semalam selepas sepasukan polis sedang membuat pemantauan susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan.

Ketika pemantauan dalam Ops Covid-19 itu, enam lelaki tersebut didapati sedang bermain bola sepak manakala seorang lagi sedang berjoging.

Kesemua lelaki berusia lingkungan 23 hingga 56 tahun itu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan dan dipercayai melakukan perbuatan yang boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 2020.

Artikel Berkaitan: