Pengundi datang 'perut kosong', peniaga raih rezeki hari mengundi

Shidah membuka gerai jualan seawal jam 6 pagi di luar pekarangan pusat pengundian SK Kawang, Papar.
Shidah membuka gerai jualan seawal jam 6 pagi di luar pekarangan pusat pengundian SK Kawang, Papar.
A
A
A

PAPAR - Suasana hari pengundian di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawang pada Sabtu bukan sahaja meriah dengan kehadiran pengundi, tetapi turut 'dihidupkan' oleh deretan gerai kecil yang muncul di tepi jalan meskipun hujan lebat sejak awal pagi.

Ramai pengundi yang keluar lebih awal tanpa sempat bersarapan di rumah menjadikan gerai-gerai ini sebagai persinggahan pertama mereka sebelum beratur di pusat mengundi yang mula dibuka seawal jam 7.30 pagi.

Bagi Shidah Othman, 43, meskipun hujan lebat ketika membuka gerainya, ia bukan alasan untuk tidak meneruskan rutin setiap kali musim pilihan raya.

"Biasanya waktu musim mengundi sudah tentu ramai orang datang, jadi saya buka gerai seawal jam 6 pagi walaupun dalam keadaan hujan lebat. Saya buka payung dan sediakan jualan.

"Antara barang makanan yang saya jual kerepek, kuih muih hasil tangan sendiri dan juga air. Memang dapat sambutan lagi-lagi selepas hujan mulai reda sekitar jam 9 pagi tadi," katanya ketika ditemui Sinar Harian di luar pekarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Kawang di sini.

Seorang lagi peniaga, Rozaini Matiasin, 37, turut berkongsi pengalaman membuka gerai sambil menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Rozaini menunjukkan jarinya sebagai bukti beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan dalam masa sama mengambil peluang berniaga di luar pekarangan pusat undi di SK Kawang, Papar.
Rozaini menunjukkan jarinya sebagai bukti beliau telah menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi dan dalam masa sama mengambil peluang berniaga di luar pekarangan pusat undi di SK Kawang, Papar.

"Sambil-sambil mengundi, buka la gerai juga. Selalunya saya buka gerai kalau ada keramaian. Tapi hari ini saya buka di sini, jadi orang yang selesai mengundi bolehlah singgah beli makanan," katanya yang sempat meluangkan masa untuk menunaikan tanggungjawabnya mengundi di pusat undi tersebut.

Artikel Berkaitan:

Walaupun hujan lebat menyulitkan persiapan, kedua-dua peniaga itu mengakui suasana pilihan raya memberikan rezeki tambahan dan merapatkan hubungan dengan penduduk sekitar yang singgah membeli sebelum masuk atau keluar di pusat pengundian tersebut.

Ringkasan AI

  • Suasana hari pengundian di DUN Kawang meriah dengan kehadiran pengundi dan gerai kecil di tepi jalan
  • Ramai pengundi menjadikan gerai sebagai persinggahan pertama sebelum mengundi kerana keluar rumah tanpa sempat bersarapan
  • Peniaga, Shidah Othman, membuka gerainya seawal jam 6 pagi walaupun hujan lebat untuk melayani pengundi
  • Antara barang makanan yang dijual termasuk kerepek, kuih muih, dan air, mendapat sambutan baik dari pengundi
  • Peniaga akui suasana pilihan raya bukan hanya memberi rezeki tambahan tetapi juga merapatkan hubungan dengan penduduk sekitar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!