Peniaga direman tiga hari disyaki cabul anak saudara

Suspek direman bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap anak saudara berusia 16 tahun.
Suspek direman bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes cabul terhadap anak saudara berusia 16 tahun.
A
A
A

MELAKA - Seorang peniaga berusia 50 tahun direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa, selepas disyaki mencabul anak saudaranya berusia 16 tahun di rumahnya minggu lalu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sharda Shienha Mohd Suleimen sehingga Khamis ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Menurut sumber, kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang pada 12 Ogos lalu ketika remaja terbabit sedang baring di atas sofa di ruang tamu rumah di Solok Paya Mengkuang, Bukit Rambai, sebelum tertuduh bertindak mencabul mangsa.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada bapanya, sebelum mereka terus ke Balai Polis Batang Tiga untuk membuat laporan.

Susulan laporan tersebut, sepasukan anggota dari Cawangan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka menahan suspek untuk permohonan reman pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!