Celcom mudahkan komunikasi petugas perubatan

Celcom menyumbangkan 40 peranti mudah alih dan talian telefon, berserta sebuah unit Cellular on Wheels kepada Hospital Sungai Buloh.
Celcom menyumbangkan 40 peranti mudah alih dan talian telefon, berserta sebuah unit Cellular on Wheels kepada Hospital Sungai Buloh.
A
A
A

PETALING JAYA – Sebagai sokongan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan penularan Covid-19, Celcom Axiata Berhad (Celcom) menyediakan bantuan perhubungan kepada kakitangan perubatan di hospital-hospital yang menangani kes wabak itu, seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, Celcom menyerahkan 200 kad SIM pascabayar untuk membantu KKM menghubungi pesakit dalam siasatan (PUI) atau kontak berpotensi.

Menurutnya, kad SIM itu tersedia dengan panggilan suara tanpa had dan data internet 20GB untuk memudahkan perhubungan melalui panggilan suara dan juga saluran lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMS) atau WhatsApp.

"Celcom turut menghulurkan bantuan kepada Hospital Sungai Buloh yang merupakan antara hospital paling kritikal dalam mengendali pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hospital itu menerima 40 peranti mudah alih dan talian telefon, berserta sebuah unit Cellular on Wheels iaitu sebuah infrastruktur mudah alih dalam menambahbaik rangkaian, untuk memastikan keterhubungan yang berterusan di seluruh kawasan hospital tersebut.

“Celcom amat menghargai dan menyokong penuh usaha tanpa henti oleh KKM dan barisan hadapan perubatan dalam mengawal pandemik global Covid-19.

“Memandangkan kini barisan hadapan perubatan perlu menggerakkan kesemua sumber yang dimiliki termasuk tenaga manusia dan infrastruktur teknikal, sokongan kami diharapkan dapat meringankan usaha mereka serta memperluaskan kaedah untuk mereka berkomunikasi yang juga penting dalam mengawal dan mengecilkan lengkungan Covid-19 dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya.

Artikel Berkaitan: