Banjir: Penduduk Gua Musang diminta bersedia, simpan dokumen penting di tempat selamat

Anggota APM membantu memindahkan penduduk ke PPS SK Limau Kasturi berikutan kediaman mereka dilanda banjir semalam. - Foto: Bernama
Anggota APM membantu memindahkan penduduk ke PPS SK Limau Kasturi berikutan kediaman mereka dilanda banjir semalam. - Foto: Bernama
A
A
A

GUA MUSANG - Lebih 100,000 penduduk di daerah ini dinasihatkan supaya berada dalam keadaan bersiap siaga berikutan hujan berterusan di beberapa kawasan, sekali gus meningkatkan risiko banjir dan tanah runtuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Gua Musang, Mohd Roshdi Ismail berkata, tumpuan diberikan kepada mereka yang tinggal di kawasan berisiko seperti pinggir sungai, cerun bukit serta penempatan Orang Asli di pedalaman.

Beliau berkata pihaknya memandang serius aspek keselamatan penduduk memandangkan beberapa kampung sudah dinaiki air sejak semalam, malah terdapat kawasan pedalaman yang terputus jalan perhubungan.

"Kita kini memasuki Monsun Timur Laut. Penduduk dinasihatkan sentiasa bersedia dan memastikan dokumen penting disimpan di tempat selamat.

"Bagi penduduk Orang Asli di pedalaman, mereka perlu lebih berhati-hati terhadap risiko tanah runtuh dan bergerak secara berkumpulan jika perlu memasuki hutan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Roshdi berkata orang ramai juga diingatkan supaya tidak meredah limpahan air sungai di jalan atau laluan kampung bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Semalam, Bernama melaporkan lebih 100 kawasan rendah di lima jajahan di Kelantan diramal berdepan banjir hingga 30 Nov ini, antaranya kawasan Gua Musang, Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lebih 100,000 penduduk di Gua Musang dinasihatkan bersiap siaga akibat risiko banjir dan tanah runtuh
  • Fokus pada keselamatan mereka di kawasan berisiko termasuk tepi sungai, cerun bukit, dan penempatan Orang Asli
  • Beberapa kampung telah dinaiki air, dengan kawasan pedalaman mengalami terputus jalan perhubungan
  • Penduduk disarankan menyimpan dokumen penting dengan selamat dan bersedia menghadapi Monsun Timur Laut
  • Orang Asli di pedalaman dinasihatkan berhati-hati terhadap risiko tanah runtuh dan bergerak secara berkumpulan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!