Hujan berterusan landa Sabah

KOTA KINABALU - Menjelang hari mengundi tidak sampai 24 jam, Sabah dilanda hujan berterusan khususnya di kawasan pantai barat Sabah, sejak awal pagi, Jumaat.
Tinjauan di Kota Kinabalu, hujan berterusan masih berlaku setakat jam 11 pagi.
Difahamkan beberapa kempen calon terpaksa ditangguhkan akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Sementara itu, berdasarkan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), pada Jumaat, ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di Kuala Penyu, Beufort, Penampang, Kota Kinabalu, Papar, Tuaran dan Kota Belud.
Kenyataan itu turut memaklumkan, kawasan Tawau, Kunak, Kudat dan Semporna turut dilanda ribut sehingga jam 1 tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

