Apabila hero tidak diundang menyusahkan!

Bagi mangsa banjir, setiap detik adalah perjuangan. Gambar hiasan
Bagi mangsa banjir, setiap detik adalah perjuangan. Gambar hiasan
A
A
A

MUSIM banjir datang lagi!

Selain arus deras dan rumah yang tenggelam, akan muncul satu lagi ‘fenomena tahunan’ yang tidak pernah gagal iaitu manusia yang menjadikan banjir sebagai pesta jalanan.

Entah dari mana datangnya semangat melancong percuma itu tetapi setiap kali air mula menenggelamkan jalan, akan ada golongan yang muncul lengkap dengan kamera, tripod dan muka teruja seolah-olah mereka sedang merakam dokumentari National Geographic.

Bezanya, ini bukan dokumentari, ia bencana yang meragut harta benda, memisahkan keluarga dan kadang-kadang meragut nyawa.

Merak Jalanan pernah melihat sendiri bagaimana ada yang turun ke kawasan banjir hanya kerana hendak tengok betul ke tinggi air, rakam content dan paling klasik, saja jalan-jalan, bosan duduk rumah.

Ya, ketika ada keluarga sedang menggigil di pusat pemindahan, tidak kurang pula yang sibuk mencari sudut terbaik untuk mengambil gambar.

Paling menyedihkan, kehadiran mereka bukan sekadar mengganggu, tetapi membahayakan.

Bot penyelamat terpaksa memperlahankan perjalanan kerana kawasan sesak dengan pengunjung tak bertauliah.

Ada yang berdiri di tengah jalan, bermain air, tidak kurang pula berlagak hero cuba melawan arus yang akhirnya menyusahkan pihak penyelamat sehingga terpaksa menambah satu lagi tugas iaitu menyelamatkan orang yang sebenarnya tidak perlu diselamatkan kalau duduk diam di rumah.

Artikel Berkaitan:

Kita lupa, segala drama yang dirakam untuk media sosial itu hanyalah tontonan sementara.

Namun, tahukah anda bagi mangsa banjir, setiap detik adalah perjuangan.

Setiap minit yang hilang kerana gangguan manusia ‘sibuk’ itu mungkin membezakan hidup dan mati bagi seseorang yang sedang menunggu bantuan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!