Bekas ADUN Paloh cerai isteri talak tiga

Nozula hadir dengan berkerusi roda di Mahkamah Rendah Syariah, Gua Musang pada Selasa. Gambar kanan: Nozula ketika masih sihat bersama Mastura
Nozula hadir dengan berkerusi roda di Mahkamah Rendah Syariah, Gua Musang pada Selasa. Gambar kanan: Nozula ketika masih sihat bersama Mastura
A
A
A

GUA MUSANG - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, 68, sah bercerai talak tiga dengan isterinya, Mastura Osman, 53, pada Selasa.

Pengesahan lafaz cerai itu disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini selepas Nozula menfailkan kes tersebut.

Sebelum itu lafaz cerai ke atas Mastura dilakukan melalui panggilan telefon pada 27 Oktober lalu.

Hakim Syarie, Wan Mohd Ramdhan Wan Hassan mensabitkan berlaku penceraian talak tiga apabila keputusan itu dibuat selepas mahkamah telah meneliti permohonan dan keterangan daripada kedua-dua belah pihak.

Peguam Nozula, Abdul Naim Mokhtar berkata, mahkamah meluluskan tuntutan pengesahan cerai selepas mendapati lafaz talak yang dibuat melalui telefon pada 27 Oktober adalah sah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002.

“Mahkamah berpuas hati terhadap isu lafaz cerai yang telah berlaku dan mensabitkan jatuh talak tiga selepas mendengar perbicaraan dan hujahan secara lisan daripada kedua-dua pihak.

“Pendaftaran perceraian di luar mahkamah mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002. Faktor penceraian lebih kepada tiada persefahaman antara Nozula selaku plaintif dan defendan, Mastura,” katanya.

Terdahulu, Nozula hadir dengan berkerusi roda ditemani anak dan peguam manakala Mastura juga ditemani ahli keluarga.

Berdasarkan rekod, Nozula berkahwin dengan Maziah Din sebelum mendirikan rumah tangga dengan Mastura pada 8 November 2014.

Artikel Berkaitan:

Maziah meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas terlibat kemalangan di Kilometer 23, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highland dekat Ipoh, Perak pada 17 April 2014.

Nozula merupakan ADUN Paloh daripada Barisan Nasional (BN) selama 28 tahun sejak 1990 hingga 2018.

Nama beliau digugurkan daripada bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akibat masalah kesihatan.

 

 

Ringkasan AI

  • Bekas ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, bercerai dengan Mastura Osman melalui talak tiga
  • Penceraian disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang
  • Lafaz cerai dilakukan melalui telefon pada 27 Oktober
  • Mahkamah mendapati lafaz talak sah mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Kelantan 2002
  • Tiada persefahaman antara Nozula dan Mastura menjadi faktor penceraian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!