Wanita maut dihanyutkan kepala air di Gua Musang

Pacuan empat roda yang dinaiki mangsa bersama dua lagi ditemukan terbalik di Jambatan Nombor Dua, Kampung Pulai, Gua Musang pada Sabtu. Foto PDRM
Pacuan empat roda yang dinaiki mangsa bersama dua lagi ditemukan terbalik di Jambatan Nombor Dua, Kampung Pulai, Gua Musang pada Sabtu. Foto PDRM
A
A
A

GUA MUSANG – [DIKEMAS KINI] Seorang wanita ditemukan maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakan lain dihanyutkan kepala air di Jambatan Nombor Dua, Kampung Pulai di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choo Foo berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 10.30 malam.

Menurutnya, sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux yang dinaiki seorang lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Thailand serta mangsa yang merupakan warga Indonesia dihanyutkan arus ketika dalam perjalanan ke Ladang KLC.

“Ketika melalui kawasan berkenaan sekitar jam 8.30 malam, kepala air secara tiba-tiba turun sebelum menghanyutkan kenderaan mereka.

“Lelaki dan wanita warga Thailand itu berjaya menyelamatkan diri, namun mangsa dipercayai hilang dibawa arus,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, pada jam 4.15 pagi Jumaat, penduduk menemui mangsa di tebing sungai kira-kira satu kilometer dari lokasi kenderaan hanyut dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Ujarnya, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah lemas.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menghormati privasi keluarga mangsa.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang wanita warga Indonesia maut selepas trak pikap dihanyutkan kepala air di Kampung Pulai, Gua Musang
  • Trak pikap tersebut juga membawa seorang lelaki warga tempatan dan wanita warga Thailand yang berjaya selamat
  • Kejadian berlaku ketika mereka dalam perjalanan ke Ladang KLC pada malam Khamis
  • Mangsa ditemui pada jam 4.15 pagi Jumaat di tebing sungai, satu kilometer dari lokasi kejadian
  • Punca kematian adalah disebabkan lemas, seperti disahkan melalui bedah siasat di Hospital Gua Musang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!