Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang jajahan terbaharu dilanda banjir

Tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang menjadi kawasan terbaru di Kelantan yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi, berikut adalah tangkap layar siaran langsung TikTok oleh penduduk di sekitar negeri ini pada pagi Rabu.

A
A
A

KOTA BHARU - Tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang menjadi kawasan terbaharu di negeri ini yang ditenggelami banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sudah berada di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) mengikut laporan InfoBencanaJKM setakat jam 9 pagi.

"Daripada jumlah itu seramai 56 mangsa sudah mendapatkan perlindungan di enam buah PPS, Tanah Merah (54) dan Gua Musang (3)," katanya.

Antara rumah penduduk yang terjejas akibat banjir.
Antara rumah penduduk yang terjejas akibat banjir.

Menurut InfoBencanaJKM, jumlah keseluruhan mangsa di Kelantan setakat ini seramai 9,625 orang.

Katanya, kesemua mereka sedang berlindung di 52 PPS.

Seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sudah berada di sembilan PPS.
Seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sudah berada di sembilan PPS.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.mymelaporkan Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya iaitu 9.17 meter berbanding normal 5 meter.

Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Galas di Gua Musang melepasi paras amaran.

Ringkasan AI

  • Tiga daerah iaitu Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang ditenggelami banjir akibat hujan lebat
  • Seramai 113 mangsa dari 35 keluarga sudah berpindah ke sembilan PPS
  • Sejumlah 56 mangsa di Tanah Merah dan 3 di Gua Musang mendapat perlindungan di PPS
  • Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan adalah 9,625 orang
  • Sungai Golok di Rantau Panjang sudah melepasi paras bahaya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!