Ini punca banjir di Kelantan airnya jernih

Keadaan banjir di Kelantan selepas hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu. Foto Bernama
Keadaan banjir di Kelantan selepas hujan lebat tanpa henti sejak Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Situasi air keruh dan jernih setiap kali banjir melanda negeri ini merupakan perkara biasa, bukan sesuatu yang pelik.

Hal ini kerana, kebiasaan banjir air keruh melibatkan lembangan sungai utama di hulu Kelantan seperti Sungai Galas dan Lebir di Gua Musang serta Sungai Kelantan.

Sementara air jernih disebabkan oleh hujan dan kebiasaan banjir ini berlaku di kawasan perumahan, penempatan penduduk yang berpunca daripada masalah perparitan.

Kebiasaan penduduk Kelantan menggelarkan kejadian itu sebagai banjir darat.

Selain itu, banjir air jernih ini dapat dilihat setiap kali Sungai Golok melimpah masuk ke kawasan kampung di sekitar Tumpat, Rantau Panjang, Tanah Merah yang bersempadan dengan Thailand.

Menurut Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak, air banjir yang jernih biasanya menunjukkan bahawa ia adalah air hujan yang berkumpul dengan cepat.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak

Menurutnya lagi, banjir berlaku akibat hujan lebat terus di kawasan tersebut (flash flood).

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini belum ada limpahan sungai-sungai utama dilaporkan dan paras air berada dalam keadaan normal kecuali Sungai Golok dan Semerak pada paras berjaga-jaga.

 

 

Keadaan di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dinaiki air. Foto Bernama
Keadaan di kawasan Taman Bendahara, Pengkalan Chepa dinaiki air. Foto Bernama

 

 

Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 13,751 orang setakat jam 5 petang pada Isnin dengan lapan negeri masih terjejas.

Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 9, 679 orang yang ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS).

Daerah terjejas meliputi Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan situasi masih terkawal namun pemantauan rapi diteruskan susulan ramalan hujan berterusan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!