Banjir: Polis Kelantan adakan lebih 20 sekatan di sepanjang Sungai Golok

Mohd Yusoff (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada penghuni PPS SK Kok Keli, Tumpat pada Selasa.
Mohd Yusoff (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada penghuni PPS SK Kok Keli, Tumpat pada Selasa.
A
A
A

TUMPAT - Polis Kelantan bersedia membuat lebih 20 sekatan di sepanjang Sungai Golok bermula dari Tumpat ke Tanah Merah bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan rentas sempadan secara haram sepanjang musim banjir ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pihaknya sudah bersedia dengan keadaan tersebut dan telah membuat persiapan awal.

"Penyeludup kalau boleh hendak sepanjang tahun banjir kerana ia memudahkan aktiviti rentas sempadan di Sungai Golok.

"Bila banjir ia lebih mudah kerana air Sungai Golok melimpah. Bagaimanapun kita sudah mengenal pasti 20 kawasan yang akan dilakukan sekatan bagi mengekang aktiviti tersebut," katanya semasa sidang akhbar pada Selasa.

Sebelum itu beliau turun padang ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Keli, di sini.

Menurut Mohd Yusoff, setakat ini kawalan masih diperingkat biasa dan belum lagi menggunakan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk bertugas di lokasi banjir.

Ujarnya, PGA masih kekal bertugas di kawalan sempadan oleh kerana air Sungai Golok belum lagi melimpah.

"Jadi keadaan masih seperti biasa. Nasihat saya kepada penduduk yang ingin merentasi sempadan secara haram dan mengambil kesempatan semasa banjir ini, kami akan mengambil tindakan tegas.

"Tidak perlu bagi alasan hendak beli barang atau apa sahaja. Di sini sudah ada semuanya, tidak perlu sampai ke negara jiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis Kelantan bersedia membuat lebih 20 sekatan di sepanjang Sungai Golok untuk mengekang penyeludupan dan rentas sempadan haram
  • Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat menyatakan persiapan awal telah dibuat
  • Penyeludupan lebih mudah semasa musim banjir kerana air Sungai Golok melimpah
  • 20 kawasan telah dikenal pasti untuk dilakukan sekatan
  • Mohd Yusoff menasihatkan penduduk agar tidak merentasi sempadan secara haram semasa banjir, dengan menegaskan tidak perlu ke negara jiran kerana keperluan asas sudah mencukupi di sini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!