Shahrul Saad tekad beri aksi terbaik bertemu Melbourne City FC

Shahrul tekad pamer aksi terbaik dalam perlawanan Liga ACLE menentang Melbourne City FC pada petang Selasa. Foto: Johor Southern Tigers
Shahrul tekad pamer aksi terbaik dalam perlawanan Liga ACLE menentang Melbourne City FC pada petang Selasa. Foto: Johor Southern Tigers
A
A
A

TONGGAK pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Shahrul Saad bertekad memberikan aksi terbaik dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) menentang Melbourne City FC di Stadium Rectangular, Melbourne pada petang Selasa.

Menurut Shahrul, kesebelasan utama JDT berada dalam momentum positif, yang menjadi asas penting untuk skuad Harimau Selatan tampil lebih bertenaga menghadapi cabaran getir pasukan City Blues itu.

“Kami berada dalam keadaan yang sangat baik di liga (Liga Super) dan semua pemain berusaha memberikan yang terbaik.

“Saya sendiri sangat teruja untuk beraksi esok (Selasa). Apa yang paling penting adalah persiapan pasukan dan kami harap dapat melakukan sesuatu yang baik dalam perlawanan itu,” katanya pada sidang akhbar menjelang perlawanan.

Untuk rekod, JDT dijangka turun dengan barisan terbaik dalam misi membawa pulang keputusan positif sebelum kembali meneruskan cabaran dalam saingan domestik.

Sementara itu, Shahrul mengakui saingan di pentas ACLE bukanlah satu laluan mudah, terutamanya apabila berdepan pasukan seperti Melbourne City FC yang memiliki pengalaman luas serta ramai pemain berkualiti.

Justeru katanya, semua pemain perlu memberikan persembahan terbaik bagi mencatat keputusan positif.

“Liga Juara-Juara AFC bukan pertandingan yang mudah. Banyak pasukan yang kuat dan lebih berpengalaman.

“Ini cabaran besar untuk kami di JDT, tetapi kami mahu terus mendorong diri dan memberikan persembahan terbaik untuk melangkah lebih jauh dalam edisi kali ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Shahrul Saad bertekad memberikan aksi terbaik dalam perlawanan Liga Juara-Juara AFC Elit menentang Melbourne City FC
  • Kesebelasan utama JDT berada dalam momentum positif
  • Pasukan diharapkan dapat melakukan sesuatu yang baik dalam perlawanan
  • JDT akan turun dengan barisan terbaik untuk membawa pulang keputusan positif
  • Saingan di ACLE diakui tidak mudah, terutama berdepan pasukan seperti Melbourne City FC yang berpengalaman dan memiliki pemain berkualiti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!