JDT tewas 0-2 kepada Melbourne City FC

Pertahanan JDT, Eddy Israfilov (kanan) cuba mengekang asakan daripada penyerang Melbourne City FC, Max Caputo pada aksi Liga ACLE pada Selasa. Foto: Johor Southern Tigers
Pertahanan JDT, Eddy Israfilov (kanan) cuba mengekang asakan daripada penyerang Melbourne City FC, Max Caputo pada aksi Liga ACLE pada Selasa. Foto: Johor Southern Tigers
A
A
A

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui skuad kendaliannya tidak bernasib baik apabila terpaksa akur dengan kekalahan 0-2 kepada Melbourne City FC dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) di Stadium Rectangular, Melbourne pada Selasa.

Bagaimanapun, Munoz tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan oleh anak buahnya, yang disifatkan bermain secara dominan sepanjang perlawanan.

“Kami bermain dengan baik pada kedua-dua separuh masa, namun gagal merobek gawang lawan, dan itu menjadi faktor utama keputusan tidak memihak kepada kami.

“Kami bermain dengan dominan dari minit pertama hingga wisel penamat, tetapi ternyata tidak bernasib baik.

“Dalam bola sepak, jika anda tidak menjaringkan gol daripada peluang yang dimiliki, maka anda mungkin tidak akan dapat apa-apa,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Munoz turut memuji aksi cemerlang penjaga gol Melbourne City FC yang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya, sekaligus menjadi salah satu punca kekalahan skuad Harimau Selatan itu.

Ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan pemain sayap lincah Arif Aiman Hanapi dalam kesebelasan utama, Munoz menegaskan bahawa pasukan perlu kekal fokus dan bekerja keras tanpa mengira siapa yang berada dalam skuad.

“Walaupun kecewa dengan keputusan ini, kita harus segera bangkit dan terus bergerak ke hadapan.

“Intensiti perlawanan juga perlu dikekalkan, dan kami akan terus berusaha untuk perlawanan seterusnya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pengendali JDT, Xisco Munoz, mengakui pasukannya tidak bernasib baik kalah 0-2 kepada Melbourne City FC dalam Liga Juara-Juara AFC Elit
  • Munoz puas hati dengan persembahan dominan pasukannya sepanjang perlawanan walaupun gagal menjaringkan gol
  • Aksi cemerlang penjaga gol Melbourne City FC menjadi punca kekalahan JDT
  • Ketiadaan pemain sayap Arif Aiman Hanapi tidak dijadikan alasan, Munoz menekankan pentingnya kefokusan dan usaha keras
  • Walaupun kecewa, Munoz berkata pasukannya perlu bangkit dan bersedia untuk perlawanan seterusnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!