Hakim Danish raih petak ketiga, peluang cerah buru podium

Hakim Danish mempamerkan tunggangan sensasi apabila bakal bermula di barisan hadapan GP Malaysia di Sepang, esok. Foto : Bernama
Hakim Danish mempamerkan tunggangan sensasi apabila bakal bermula di barisan hadapan GP Malaysia di Sepang, esok. Foto : Bernama
A
A
A

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli, mencerahkan peluang untuk memburu podium pada Grand Prix (GP) Malaysia selepas berjaya meraih petak ketiga pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Sabtu.

Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mencatatkan masa 2 minit 10.529 saat (s) pada sesi Kelayakan 2 (Q2) untuk memastikan dirinya berada di barisan hadapan grid permulaan.

Maximo Quiles daripada pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team meraih petak pertama dengan catatan masa 2:10.396s, manakala pelumba Red Bull KTM Ajo, Brian Uriarte, menduduki petak kedua dengan masa 2:10.529s.

Kejayaan itu turut melakar sejarah tersendiri apabila Hakim Danish menamatkan penantian 14 tahun untuk menyaksikan pelumba negara memulakan perlumbaan GP Malaysia dari barisan hadapan sejak kali terakhir dilakukan Zulfahmi Khairuddin pada 2012.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!