X

Kindly register in order to view this article
!

Singapura catat 52 kes baharu Covid-19

A
A

SINGAPURA - Sebanyak 52 kes baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara republik ini kepada 683 kes.

Kementerian Kesihatan Singapura dalam kenyataan di sini berkata, 28 daripada kes baharu adalah kes yang diimport manakala 24 lagi melibatkan kes tempatan.

Menurutnya, kes baharu itu melibatkan sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, Timur Tengah, negara Asean dan lain-lain negara di Asia.

“Kecuali dua, yang selainnya ialah penduduk tempatan yang baru kembali dari luar negara dan pemegang Pas Jangka Panjang,” katanya.

Satu daripada kes import melibatkan lelaki Malaysia berumur 31 tahun yang juga pemegang Pas Kerja Singapura yang memiliki sejarah perjalanan ke Thailand.

Lelaki itu kini ditempatkan di Pusat Penyakit Berjangkit Negara Singapura.

Sehingga hari ini, Kementerian Kesihatan Singapura berkata, 12 lagi kes jangkitan Covid-19 dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan jumlah yang pulih dari penyakit itu kepada 172.

Daripada 404 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, kebanyakan adalah stabil atau beransur pulih manakala 18 lagi dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di unit rawatan rapi.

Dua pesakit meninggal dunia akibat komplikasi yang berpunca daripada jangkitan Covid-19 pada 21 Mac.

Sehingga jam 12 tengah hari, Kementerian Kesihatan Singapura mengenal pasti 9,771 kontak rapat yang dikuarantin. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus