Tanah runtuh: Dua blok pangsapuri di Taman United diarah dikosongkan

Keadaan di lokasi tanah runtuh di Taman United pada Isnin. Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur.
Keadaan di lokasi tanah runtuh di Taman United pada Isnin. Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Dua blok pangsapuri melibatkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan dikosongkan susulan kejadian tanah runtuh di kawasan cerun berhampiran lokasi terbabit, pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.02 pagi berkaitan runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60 meter.

"Dua kereta dan beberapa motosikal terjejas akibat kejadian terbabit. Runtuhan tanah tersebut telah memasuki kawasan pangsapuri berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dua kereta dan beberapa motosikal turut terjejas akibat kejadian tanah runtuh berkenaan. Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur.
Dua kereta dan beberapa motosikal turut terjejas akibat kejadian tanah runtuh berkenaan. Foto ihsan JBPM Kuala Lumpur.

Armdan berkata, hasil perbincangan di lokasi bersama wakil Parlimen Seputeh dan jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dua blok serta premis berhampiran diarahkan untuk dikosongkan.

"Ia berikutan masih terdapat pergerakan tanah dan keadaan cuaca yang sedang hujan lebat. Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

"Pihak bomba masih berada di lokasi bagi memantau sebarang pergerakan tanah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua blok pangsapuri di Taman United, Seputeh diarahkan dikosongkan akibat kejadian tanah runtuh
  • Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh memberitahu runtuhan tanah cerun sepanjang kira-kira 60 meter
  • Dua kereta dan beberapa motosikal terjejas oleh runtuhan
  • Dua blok pangsapuri dan premis berhampiran diarahkan untuk dikosongkan berikutan pergerakan tanah dan hujan lebat
  • Pihak bomba berada di lokasi untuk memantau sebarang pergerakan tanah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!