Tanah runtuh di IPG Gaya: Bangunan kuarters diarah kosong serta-merta

Insiden tanah runtuh telah menyebabkan kerosakan pada cerun dan beberapa blok bangunan. Foto media sosial
Insiden tanah runtuh telah menyebabkan kerosakan pada cerun dan beberapa blok bangunan. Foto media sosial
A
A
A

SHAH ALAM – Bangunan kuarters Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah, diarahkan dikosongkan serta-merta susulan kejadian tanah runtuh yang melanda kawasan tersebut.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan terjejas untuk memberi laluan kepada pembinaan semula, menyewa premis berdekatan bagi memastikan kelangsungan aktiviti akademik serta membina semula tangki air yang rosak akibat kejadian tersebut.

Menurut KPM, insiden tanah runtuh tersebut telah menyebabkan kerosakan pada cerun dan beberapa blok bangunan, yang sebenarnya telah pun ditutup dan tidak didiami sejak Julai lalu atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

"KPM mengesahkan tiada kecederaan dilaporkan dan langkah proaktif sedang dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta kesejahteraan seluruh warga IPG Kampus Gaya,” kata kenyataan itu.

Dalam masa sama, KPM turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, atas keprihatinan dan lawatan beliau ke kampus berkenaan bagi meninjau keadaan semasa.

Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun menjadi mangsa terakhir tragedi tanah runtuh dan banjir buruk yang melanda Sabah sejak 12 September lalu, menjadikan jumlah korban setakat ini kepada 14 orang.

Mangsa, Kemiey Asphereynda Benny, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) selepas 18 jam operasi pencarian iaitu pada jam 8.45 malam, 15 September sebelum berjaya dikeluarkan pada jam 1.48 pagi, 16 September.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Bangunan kuarters IPG Kampus Gaya, Sabah diarahkan dikosongkan segera kerana tanah runtuh
  • KPM ambil langkah seperti merobohkan bangunan terjejas, menyewa premis berdekatan, dan membina semula tangki air rosak
  • Insiden tanah runtuh berlaku pada blok bangunan yang sudah tidak berpenghuni sejak Julai atas arahan JKR Sabah
  • Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut, keselamatan warga IPG diprioritikan
  • Seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun menjadi mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Sabah, jumlah korban menjadi 14 orang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!