Banjir: Ibu hanya sempat capai satu beg bawa bayi ke PPS

Banjir kali ini amat berbeza kerana lazimnya kawasan perumahan hanya dinaiki air seketika sebelum surut dengan cepat, namun hujan yang tidak berhenti sejak Jumaat menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah dengan cepat. Foto ihsan BBP Bachok
Banjir kali ini amat berbeza kerana lazimnya kawasan perumahan hanya dinaiki air seketika sebelum surut dengan cepat, namun hujan yang tidak berhenti sejak Jumaat menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah dengan cepat. Foto ihsan BBP Bachok
A
A
A

KOTA BHARU - Air yang naik begitu cepat di rumah sewa di Kampung Sadur, Wakaf Aik menyebabkan seorang ibu muda hanya sempat mencapai satu beg dan mendukung bayinya berusia tiga bulan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sering, di sini.

Nurul Alina Nola, 22, berkata, dia dan suami nekad berpindah bersama-sama bayi lelakinya Muhammad Adam Rifqi Arif selepas air memasuki ruang rumah hingga paras lutut dalam kejadian banjir yang berlaku buat kali pertama di kawasan itu.

"Banjir kali ini amat berbeza kerana lazimnya kawasan perumahan ini hanya dinaiki air seketika sebelum surut dengan cepat, namun hujan yang tidak berhenti sejak Jumaat menyebabkan air melimpah masuk ke dalam rumah dengan cepat," katanya kepada Bernama di PPS berkenaan pada Isnin.

Nurul Alina yang kali pertama berpindah ke PPS berkata, dia sekeluarga juga tidak sempat menyelamatkan barangan penting dan hanya sempat membawa beberapa helai pakaian dan barangan keperluan bayinya.

"Televisyen dan beberapa perabot rosak dimasuki air, sekarang kami kehabisan lampin pakai buang dan barangan keperluan bayi," katanya.

Anggota penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir yang terlibat. Foto ihsan BBP Bachok
Anggota penyelamat membantu memindahkan mangsa banjir yang terlibat. Foto ihsan BBP Bachok

Sementara itu, seorang lagi penduduk Azlinda Remli, 43, turut berpindah bersama-sama tiga anak dan dua cucunya selepas rumah mereka dinaiki air hingga paras lutut.

Ibu tunggal yang bekerja di sebuah kilang di Padang Tembak, Pengkalan Chepa itu berkata mereka kini menumpang di sebuah khemah yang dikhaskan untuk empat orang di PPS itu.

Katanya, penduduk sekitar hanya mampu berharap hujan segera reda agar mereka dapat pulang, merancang kerja pembersihan dan memastikan keselamatan keluarga masing-masing. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Air naik cepat di rumah sewa di Kampung Sadur, menyebabkan ibu muda dengan bayi tiga bulan berpindah ke PPS SK Sering Banjir pertama kali di kawasan itu, berbeza dengan keadaan biasa dimana air cepat surut Nurul Alina dan keluarganya tidak sempat menyelamatkan barangan penting Kerusakan termasuk televisyen dan perabot, kekurangan lampin pakai buang dan barangan bayi Azlinda Remli dan keluarganya juga berpindah ke PPS, berharap hujan reda untuk pulang dan membuat pembersihan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!