'Kami tak dapat pergi kerja, beli barang dapur'

Nik Hasmayati (kiri) dari Melor terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kota Bharu selepas laluan di Kampung Seribong dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

A
A
A

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,717 orang setakat pagi Ahad melibatkan 688 keluarga yang kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga jajahan.

Jajahan terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu dan Bachok dengan Tumpat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 700 orang, diikuti Bachok (584) dan Kota Bharu (433).

Tinjauan Sinar Harian pada Ahad sekitar jam 10 pagi di sini, mendapati situasi banjir yang semakin memburuk turut menjejaskan urusan harian penduduk termasuk ke tempat kerja dan membeli barang keperluan.

Tinjauan Sinar Harian pada Ahad sekitar jam 10 pagi di Seribong, Kota Bharu mendapati situasi banjir yang semakin memburuk turut menjejaskan urusan harian penduduk termasuk ke tempat kerja dan membeli barang keperluan. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Nik Hasmayati Abu Seman, 48, dari Melor berkata, dia terpaksa berpatah balik ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kota Bharu selepas laluan di Kampung Seribong di sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.4 meter.

“Semalam (Sabtu) sekitar jam 4 petang, laluan di sini masih boleh dilalui. Tapi pagi ini memang tak boleh... banyak motosikal terkandas sebab air masuk enjin.

“Saya pun tak berani teruskan perjalanan bimbang motosikal rosak. Ini saja kenderaan yang saya ada untuk pergi kerja,” katanya yang bekerja sebagai tukang cuci.

Artikel Berkaitan:

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,717 orang setakat pagi Ahad melibatkan 688 keluarga yang kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga jajahan. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Seorang lagi penduduk, Mohd Razani Daud, 50, dari Kampung Padang Enggan di sini pula berkata, dia keluar awal pagi untuk membeli barang dapur di Pasir Tumbuh kerana cuaca semakin buruk, namun tidak menyangka air naik terlalu cepat.

Katanya, motosikal yang ditungganginya rosak selepas meredah air setinggi 0.4 meter dan terpaksa ditolak untuk dibaiki.

“Air naik cepat dan dalam. Ingat sempat beli barang dapur sebelum banjir makin teruk, rupanya tak sempat,” katanya.

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,717 orang melibatkan 688 keluarga di 13 pusat pemindahan sementara
  • Jajahan Tumpat, Kota Bharu, dan Bachok adalah kawasan terjejas dengan Tumpat mencatat jumlah mangsa tertinggi
  • Situasi banjir memburuk menyukarkan urusan harian termasuk ke tempat kerja dan membeli barang keperluan
  • Nik Hasmayati terpaksa berpatah balik ke rumah kerana laluan ke tempat kerja di Kota Bharu dinaiki air sedalam 0.4 meter
  • Mohd Razani tidak dapat membeli barang dapur kerana air naik terlalu cepat menyebabkan motosikalnya rosak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!