Air naik mendadak, peniaga durian terpaksa pindah

Nazrul Hisyam (kanan) dan pekerja terpaksa memindahkan semua durian di gerainya selepas air naik mendadak pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.
Nazrul Hisyam (kanan) dan pekerja terpaksa memindahkan semua durian di gerainya selepas air naik mendadak pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.
A
A
A

KOTA BHARU – Peniaga durian di Kampung Seribong di sini terpaksa memindahkan semua jualannya selepas gerai mula dinaiki air pada Ahad.

Nazrul Hisyam Samsudin, 35, yang sudah berniaga sejak lapan tahun lalu berkata, hujan lebat berterusan menyebabkan air naik secara mendadak.

Pekerja gerai durian segera berkemas selepas air naik mendadak. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.
Pekerja gerai durian segera berkemas selepas air naik mendadak. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.

“Saya dan pekerja terpaksa pindahkan semua buah durian ini bimbang akan ditenggelami air.

“Tengok pada keadaan cuaca sekarang, walaupun sudah hampir jam 11 pagi, tapi tetap gelap serta hujan tidak berhenti,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, keadaan banjir kali ini dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas.

Laluan di hadapan gerai jualan durian Nazrul Hisyam di Kampung Seribong, Kota Bharu yang dinaiki air sekitar sedalam 0.4 meter pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.
Laluan di hadapan gerai jualan durian Nazrul Hisyam di Kampung Seribong, Kota Bharu yang dinaiki air sekitar sedalam 0.4 meter pada Ahad. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, bagi mengelak durian rosak serta mengalami kerugian teruk, dia akan menjual buah-buahan tersebut di tepi jalan di Pengkalan Chepa.

Nazrul Hisyam berharap keadaan cuaca buruk ini tidak berterusan kerana stok durian masih banyak dan belum sempat dijual.

Ringkasan AI

  • Peniaga durian di Kampung Seribong terpaksa pindah akibat gerai dinaiki air
  • Hujan lebat berterusan menyebabkan air naik secara mendadak
  • Nazrul Hisyam dan pekerja terpaksa memindahkan buah durian untuk mengelak kerugian
  • Keadaan banjir dijangka lebih buruk berbanding tahun lepas
  • Nazrul Hisyam akan menjual durian di tepi jalan di Pengkalan Chepa untuk mengelak kerugian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!