11 lelaki bergaduh di Kulim ditahan

Mohd Yussof
Mohd Yussof
A
A
A

KULIM - Seramai 11 lelaki ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Taman Selasih kira-kira jam 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Yusuf Shaari berkata, kesemua mereka berusia antara 21 hingga 37 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 28 Mac ini.

"Polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan kejadian sekumpulan lelaki sedang bergaduh dan membuat bising malam tadi.

"Siasatan mendapati insiden pergaduhan tersebut dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara jiran di kawasan itu," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Katanya, mereka juga ditahan atas kesalahan bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Artikel Berkaitan: