Ebit turun padang bagi sokongan, bantu petugas kesihatan

Ebit menyantuni para petugas kesihatan dan memberi nasihat untuk mereka kekal bersemangat menjalankan tugas. -Foto: Facebook Ebit Lew
Ebit menyantuni para petugas kesihatan dan memberi nasihat untuk mereka kekal bersemangat menjalankan tugas. -Foto: Facebook Ebit Lew
A
A
A

SHAH ALAM - Walaupun negara kini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dilihat memanfaatkan waktu ini untuk keluar membantu petugas kesihatan di sekitar Lembah Klang.

Usaha dilakukan beliau jelas memberi manfaat serta meringankan sedikit beban petugas barisan hadapan yang berdepan masalah kekurangan peralatan perubatan dalam menjalankan tugas mereka terutamanya dalam menangani kes wabak koronavirus (Covid-19).

Menerusi Facebook, Ebit berkongsi beberapa video yang memperlihatkan bagaimana beliau menyantuni petugas kesihatan di klinik-klinik kesihatan dan hospital dengan bertanyakan sendiri apa yang diperlukan mereka serta apa yang beliau dapat bantu.

Ebit melihat penutup mulut dan hidung yang akan diedarkan kepada hospital dan klinik memerlukan. -Foto: Facebook Ebit Lew
Ebit melihat penutup mulut dan hidung yang akan diedarkan kepada hospital dan klinik memerlukan. -Foto: Facebook Ebit Lew



Ebit bersama pasukannya menghantar barang sumbangan peralatan perubatan kepada beberapa hospital dan klinik kesihatan sekitar Lembah Klang.- Foto: Facebook Ebit Lew
Ebit bersama pasukannya menghantar barang sumbangan peralatan perubatan kepada beberapa hospital dan klinik kesihatan sekitar Lembah Klang.- Foto: Facebook Ebit Lew

Ebit kemudian dilihat memberi sumbangan antaranya seperti pendingin hawa mudah alih, topeng muka, baju plastik serta beberapa kelengkapan lain.

Menurutnya, beliau juga menyewa bilik mandi mudah alih bagi kegunaan petugas kesihatan di Hospital Putrajaya untuk mandi sebelum pulang ke rumah.

Bagaimanapun, Ebit menerusi hantaran di Facebook memberitahu, bekalan face shield yang berfungsi melindungi wajah petugas kesihatan ketika berdepan pesakit yang datang ke hospital/klinik terutamanya yang positif Covid-19 tidak mencukupi.

Artikel Berkaitan:

Ebit bertanya sendiri kepada petugas kesihatan apa yang diperlukan agar beliau dapat membantu.-Foto: Facebook Ebit Lew
Ebit bertanya sendiri kepada petugas kesihatan apa yang diperlukan agar beliau dapat membantu.-Foto: Facebook Ebit Lew

"Doakan ada bahan untuk buat sendiri atau tempah di mana-mana.

"Face shield penting untuk frontliner seperti mereka. Ya ALLAH mudahkanlah dan jagakan mereka serta kami semua," tulisnya.

Penghawa dingin mudah alih yang disumbangkan kepada hospital serta klinik memerlukan.- Foto: Facebook Ebit Lew
Penghawa dingin mudah alih yang disumbangkan kepada hospital serta klinik memerlukan.- Foto: Facebook Ebit Lew



Bilik mandi yang berjaya disewakan untuk kegunaan petugas kesihatan di Hospital Putrajaya untuk mandi sebelum pulang ke rumah. - Foto: Facebook Ebit Lew
Bilik mandi yang berjaya disewakan untuk kegunaan petugas kesihatan di Hospital Putrajaya untuk mandi sebelum pulang ke rumah. - Foto: Facebook Ebit Lew

Menerusi hantaran sama, Ebit turut berkongsi rasa sedih kerana semangat petugas kesihatan ketika ini dilihat hampir luntur dek kerana terlalu letih serta tidak cukup rehat.

"Mereka beritahu penat sangat, takut nak makan, balik rumah pun risau.

Ebit memberi pesanan kepada salah seorang doktor yang ditemui untuk memaklumkan kepadanya barangan peralatan perubatan diperlukan supaya beliau dapat membantu mendapatkannya. -Foto: Facebook Ebit Lew
Ebit memberi pesanan kepada salah seorang doktor yang ditemui untuk memaklumkan kepadanya barangan peralatan perubatan diperlukan supaya beliau dapat membantu mendapatkannya. -Foto: Facebook Ebit Lew

"Mereka minta beri nasihat, kata semangat dan doa untuk meneruskan tugas," katanya.