Bicara Ebit Lew: Gambar unsur seksual tangkap layar aplikasi perbualan

Ebit Lew
Ebit Lew
A
A
A

TENOM - Saksi ketujuh perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada Jumaat menyambung keterangan dengan memberitahu mahkamah bahawa satu gambar dalam telefon bimbit dianalisisnya adalah daripada tangkap layar sebuah aplikasi perbualan.

Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM), Asistan Superintenden Latifah Abdul Aziz, 43, berkata, hasil analisis itu juga mendapati gambar yang dipercayai berunsur seksual itu bukan diambil oleh kamera telefon bimbit berkenaan.

Beliau berkata, selain itu sistem telefon bimbit itu juga secara automatik menghasilkan satu nama fail untuk gambar berkenaan mengikut tarikh tangkap layar itu dibuat.

"Sekiranya gambar itu diambil daripada kamera telefon bimbit, laluan (dalam susunan fail telefon bimbit) akan berbeza, dan akan wujud satu folder bernama ‘DCIM’ (menempatkan gambar itu).