Politeknik Bagan Datuk dimasyhur Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah

Sultan Nazrin berkenan melafazkan pemasyhuran Politeknik Bagan Datuk sebagai Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) dan menandatangani plak perasmian.
Sultan Nazrin berkenan melafazkan pemasyhuran Politeknik Bagan Datuk sebagai Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) dan menandatangani plak perasmian.
A
A
A

BAGAN DATUK - Sultan Perak berkenan berangkat menyempurnakan pemasyhuran Politeknik Bagan Datuk sebagai Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) dalam satu majlis rasmi di sini pada Khamis.

Keberangkatan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 11 pagi itu diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Majlis bersejarah tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sultan Nazrin berkenan melafazkan pemasyhuran Politeknik Bagan Datuk sebagai Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) dan menandatangani plak perasmian.
Sultan Nazrin berkenan melafazkan pemasyhuran Politeknik Bagan Datuk sebagai Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah (PMSN) dan menandatangani plak perasmian.

Baginda kemudian berkenan melafazkan pemasyhuran dan menandatangani plak perasmian sebelum berangkat melawat ruang pameran yang menampilkan pembangunan akademik TVET, teknologi maritim dan projek pelajar.

Terdahulu dalam sembah ucapannya, Zambry berkata, pemasyhuran berkenaan pelengkap kepada perjalanan institusi itu yang ditubuhkan pada Disember 2016 dan sebagai politeknik ke-35 negara dengan aspirasi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang kejuruteraan serta teknologi maritim.

Menurut beliau, pengambilan pelajar sulung pada 2017 melalui program Diploma Seni Bina Kapal menjadikan institusi itu satu-satunya politeknik TVET negara yang memberi tumpuan khusus kepada bidang maritim dan perkapalan.

Artikel Berkaitan:

"Pada hari ini, politeknik ini berdiri megah di atas kawasan seluas 12.14 hektar, dibangunkan dengan kos RM175 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 2023.

"Ia kini menjadi sebuah mercu ilmu yang mencerminkan tekad kerajaan memperkasa TVET maritim negara.

“Penubuhan ini juga selari dengan aspirasi Malaysia Madani dan agenda Ekonomi Biru yang menekankan kelestarian laut serta pengembangan teknologi maritim masa hadapan," katanya.

Zambry menambah, pemasyhuran nama Sultan Nazrin terhadap institusi itu bukan sekadar penghormatan tertinggi, tetapi membawa makna amanah besar yang harus dipikul seluruh warga politeknik untuk meneguhkan nilai integriti, maruah dan kesantunan budi.

“Tuanku merupakan payung ilmu dan penaung pendidikan yang sekian lama menjadi sumber pencerahan dalam dunia akademia. Kearifan Tuanku terus menuntun sektor pendidikan negara ke arah kecemerlangan,” katanya.

Ringkasan AI

  • Sultan Perak menyempurnakan pemasyhuran Politeknik Bagan Datuk sebagai Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah
  • Pemasyhuran dihadiri oleh Raja Permaisuri Perak, Raja Muda Perak dan Raja Di Hilir Perak
  • Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar Perak dan Menteri Pendidikan Tinggi
  • Politeknik itu ditubuhkan pada Disember 2016 dan merupakan politeknik TVET negara yang fokus pada bidang maritim
  • Dibangunkan dengan kos RM175 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 2023, mencerminkan tekad kerajaan memperkasa TVET maritim negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!