Serangan Israel ke atas Gaza ragut 28 nyawa, majoriti mangsa wanita dan kanak-kanak

Serangan dilaporkan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis.
Serangan dilaporkan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis.
A
A
A

GAZA - Serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan Gaza awal pagi Khamis telah meragut sekurang-kurangnya 28 nyawa, menurut sumber hospital tempatan yang dipetik oleh Al Jazeera.

Daripada jumlah korban tersebut, 17 mangsa dikenal pasti sebagai wanita dan kanak-kanak.

Serangan dilaporkan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis, dengan puluhan lagi cedera dalam gelombang serangan yang berlaku secara berterusan sejak awal pagi.

Hospital-hospital di Gaza kini berdepan tekanan hebat untuk merawat mangsa, di tengah-tengah kekurangan bekalan perubatan dan gangguan bekalan elektrik.

Pihak berkuasa tempatan menyifatkan serangan itu sebagai pelanggaran serius terhadap gencatan senjata yang diumumkan sebelum ini.

Organisasi Pertahanan Awam Palestin turut mengeluarkan amaran kepada penduduk agar menjauhi bangunan yang telah rosak teruk kerana risiko runtuhan susulan masih tinggi.

Krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing dengan angka korban keseluruhan sejak Oktober 2023 kini melebihi 69,000 orang, menurut statistik rasmi pihak berkuasa Gaza. - Awani 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Serangan udara Israel di Gaza awal pagi Khamis meragut 28 nyawa
  • 17 dari jumlah korban adalah wanita dan kanak-kanak
  • Serangan tertumpu di Bandaraya Gaza dan Khan Younis dengan puluhan lagi cedera
  • Hospital di Gaza berdepan tekanan hebat, kekurangan bekalan perubatan dan gangguan elektrik
  • Krisis kemanusiaan di Gaza dengan angka korban keseluruhan sejak Oktober 2023 melebihi 69,000 orang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!