Angka korban di Gaza meningkat kepada 69,513 sejak Oktober 2023

Angka korban di Gaza meningkat kepada 69,513, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023. Foto fail AFP
Angka korban di Gaza meningkat kepada 69,513, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023. Foto fail AFP
A
A
A

GAZA - Angka korban di Gaza meningkat kepada 69,513, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, sejak bermulanya serangan Israel di Semenanjung Gaza pada Oktober 2023, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan berkata, jumlah yang cedera kini mencecah 170,745 sepanjang tempoh serangan itu.

Ramai mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan ketika ambulans dan pasukan pertahanan awam bergelut untuk tiba ke lokasi berikutan bahaya berterusan dan sumber yang terhad.

Menurut laporan perubatan, hospital di Gaza menerima tujuh mayat dalam tempoh 48 jam lepas, termasuk dua mangsa ditemukan di bawah runtuhan, selain 33 orang yang cedera.

Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 11 Okt 2025, sekurang-kurangnya 280 warga Palestin terbunuh dan 672 lagi cedera, manakala 571 mayat telah ditemukan sepanjang tempoh ini. - Bernama/Wafa

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Angka korban di Gaza meningkat kepada 69,513, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sejak serangan Israel bermula pada Oktober 2023
  • Jumlah yang cedera kini mencecah 170,745 sepanjang tempoh serangan
  • Mangsa masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan, ambulans dan pasukan pertahanan awam bergelut tiba ke lokasi
  • Hospital di Gaza menerima tujuh mayat dalam 48 jam lepas, termasuk dua ditemukan di bawah runtuhan
  • Sejak gencatan senjata pada 11 Okt 2025, 280 warga Palestin terbunuh, 672 cedera, 571 mayat ditemukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!