Petugas parti Warisan jatuh laut ketika berkempen di Kampung Sim-Sim

SANDAKAN – Seorang petugas Parti Warisan (Warisan) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Papat terjatuh ke laut ketika menjalankan kempen di Kampung Sim-Sim pada Rabu.
Calon Warisan Tanjong Papat, Alex Thien Ching Qiang berkata, insiden itu berlaku semasa rombongan mereka mengadakan tinjauan mesra di kampung terbabit.
Menurutnya, salah seorang ahli rombongan telah terjatuh ke laut dan cedera ringan.
“Sampai sekarang saya masih terfikir jambatan yang merupakan satu-satunya laluan yang digunakan penduduk tidak diperbaiki.
“Perkara ini amat merbahaya, terutama bagi kanak-kanak dan warga emas. Saya berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang,” katanya dalam satu kenyataan menerusi akaun rasminya pada Rabu.
Alex turut memuat naik gambar berkaitan kejadian terbabit dan berdasarkan gambar yang dikongsikan, lelaki berkenaan kelihatan basah kuyup akibat terjatuh ke laut sebelum berjaya naik semula ke atas jambatan.
Ringkasan AI
- Seorang jentera Parti Warisan terjatuh ke laut ketika kempen di Kampung Sim-Sim
- Insiden terjadi semasa rombongan Warisan melakukan tinjauan mesra
- Ahli rombongan mengalami kecederaan ringan akibat jatuh
- Jambatan utama penduduk setempat dianggap berbahaya dan perlu diperbaiki
- Alex Thien mengharapkan kejadian serupa tidak berulang dan nasihat berhati-hati di jambatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
