Amaran hujan berterusan, tahap waspada di 6 negeri hingga Jumaat - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri, dijangka berlaku pada Rabu hingga Jumaat ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
Amaran sama juga dikeluarkan bagi Kelantan dan Terengganu melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang. - Bernama
Ringkasan AI
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri
- Hujan dijangka berlaku dari Rabu hingga Jumaat
- Negeri terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
- Amaran sama turut dikeluarkan untuk Kelantan dan Terengganu
- Kawasan spesifik termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
