Enam negeri diramal hujan lebat, ribut petir

Enam negeri diramal berdepan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang. Gambar hiasan
Enam negeri diramal berdepan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Enam negeri diramal berdepan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, negeri terlibat ialah Kedah di daerah Yan, Pendang dan Kuala Muda manakala Perak di Kuala Kangsar, Kinta serta Kampar.

"Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) manakala Terengganu (Besut dan Setiu) serta Johor (Mersing dan Kota Tinggi).

"Di Sarawak pula negeri yang dijangka mengalami hujan lebat ialah Kapit," kata MetMalaysia menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Laporan cuaca itu dikeluarkan MetMalaysia pada jam 5.45 petang tadi.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ia merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Enam negeri di Malaysia diramal berdepan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sehingga 8 malam
  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengumumkan negeri terlibat termasuk Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor dan Sarawak
  • Daerah terlibat merangkumi Yan, Pendang, Kuala Muda, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Kapit dan beberapa lagi
  • Amaran dikeluarkan berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam
  • Amaran jangka pendek ini sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!