Amaran hujan lebat, ribut petir di 11 negeri - MetMalaysia

11 negeri diramal berdepan hujan lebat, ribut petir sehingga jam 6 petang ini. Gambar hiasan
11 negeri diramal berdepan hujan lebat, ribut petir sehingga jam 6 petang ini. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang ini, melibatkan 11 negeri serta Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Menurut MetMalaysia, negeri-negeri yang terlibat termasuk Perlis dan Kedah membabitkan kawasan Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di Perak, amaran merangkumi Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah dan Kampar, manakala di Kelantan, kawasan yang terjejas ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok.

Untuk Pahang, ribut petir dijangka berlaku di Pekan, sementara di Selangor, kawasan terlibat termasuk Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Di Negeri Sembilan, amaran tersebut melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor, kawasan dijangka terkesan ialah Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Seluruh Melaka (Alor Gajah) turut berada dalam amaran sama.

Amaran turut dikeluarkan di Sarawak, membabitkan Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang, serta di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan) dan Pantai Barat (Papar, Tuaran dan Kota Belud).

Orang ramai dinasihatkan berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan perjalanan, serta mengikuti perkembangan cuaca melalui saluran rasmi MetMalaysia.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 4 petang
  • Beberapa daerah di Perak, termasuk Larut, Matang dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak terjejas
  • Cuaca buruk juga berlaku di Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, dan Johor, melibatkan pelbagai kawasan
  • Situasi ribut petir diramal berlaku di Sarawak di kawasan seperti Kuching, Serian, Samarahan, dan lain-lain
  • Amaran merangkumi Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, orang ramai disarankan berjaga-jaga

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!