Awan 'cakera' leper muncul di KK

Pemandangan awan di Kota Kinabalu berbentuk cakera atau leper juga dikenali sebagai awan lentikular.
Pemandangan awan di Kota Kinabalu berbentuk cakera atau leper juga dikenali sebagai awan lentikular.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pembentukan awan lentikular yang menyerupai cakera atau berbentuk leper mencuri perhatian orang ramai apabila ia kelihatan jelas di ruang udara Kota Kinabalu, pagi Ahad.

Kebiasaannya, fenomena awan seperti itu hanya dapat dilihat di kawasan berhampiran Gunung Kinabalu, namun sekitar jam 8.40 pagi, formasi tersebut dikesan berada lebih rendah dan kelihatan dari kawasan bandar raya.

Awan unik itu, dikenali sebagai awan lentikular, kali ini muncul berhampiran kawasan berbukit dan menimbulkan keterujaan orang ramai yang sempat merakamkan kehadirannya.

Pembentukan awan lentikular yang menyerupai cakera atau berbentuk leper mencuri perhatian orang ramai apabila ia kelihatan jelas di ruang udara Kota Kinabalu, pagi Ahad.
Pembentukan awan lentikular yang menyerupai cakera atau berbentuk leper mencuri perhatian orang ramai apabila ia kelihatan jelas di ruang udara Kota Kinabalu, pagi Ahad.

Difahamkan, awan lentikular terbentuk apabila aliran udara lembap melintasi penghalang seperti pergunungan, lalu menghasilkan pusaran angin yang membentuk awan berlapis tersebut.

Di sekitar kawasan pembentukannya, angin biasanya bertiup lebih kuat dan bergelora. Keadaan ini lazimnya boleh mendatangkan risiko kepada pesawat yang melalui kawasan berkenaan, namun ia dianggap normal dan tidak berkait dengan sebarang cuaca buruk.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pembentukan awan lentikular yang menyerupai cakera mencuri perhatian di Kota Kinabalu
  • Fenomena ini biasanya dilihat berhampiran Gunung Kinabalu tetapi kali ini kelihatan dari kawasan bandar
  • Awan berbentuk leper ini dikenali sebagai awan lentikular dan muncul berhampiran kawasan berbukit
  • Terbentuk akibat aliran udara lembap melintasi penghalang seperti pergunungan
  • Menghasilkan pusaran angin yang boleh mendatangkan risiko kepada pesawat yang melalui kawasan tersebut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!