Penyewa maut dipukul tuan rumah akibat dituduh godam telefon bimbit

NEW DELHI – Seorang lelaki maut selepas dipukul tuan rumah yang menuduhnya menggodam telefon bimbit serta mencuri barangan dari sebuah kilang di Delhi.
Mangsa, Tamanney hadir ke Balai Polis Subhash Place pada 9 November lalu bersama dua rakannya untuk membuat laporan bahawa dia ditumbuk tuan rumah.
Tidak lama kemudian, mangsa pengsan di balai polis sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba.
Siasatan awal polis mendapati Tamanney tidak hadir bekerja di kilang kasut di Lawrence Road sejak 4 November.
Tiga hari kemudian, dia pulang ke rumah bersama rakan-rakan dan mendakwa mereka dikurung oleh tuan rumah selama dua hari serta dipukul selepas berlaku pertikaian berkaitan sewa dan tuduhan menggodam telefon bimbit suspek.
Pemeriksaan perubatan menunjukkan Tamanney mengalami pendarahan dalaman yang dipercayai berpunca daripada hentakan kuat ketika dipukul.
Polis kemudian melancarkan operasi menjejaki suspek dan berjaya menahan tuan rumah mangsa yang dikenali sebagai Irshad, pada 11 November di Rohini selepas serbuan dijalankan di beberapa lokasi sekitar Delhi dan Uttar Pradesh.
Dalam soal siasat, Irshad mengaku memukul mangsa kerana mengesyaki penyewanya menggodam telefon bimbitnya untuk memadam bukti berkaitan kecurian di kilangnya di Wazirpur Industrial Area. Dia turut mendakwa mangsa mencuri syiling rare miliknya.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan India (pembunuhan) dan polis menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian mangsa.-Times Of India
ends
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut selepas dipukul tuan rumah yang menuduhnya menggodam telefon dan mencuri barangan
- Mangsa pengsan di balai polis dan meninggal dunia selepas dibawa ke hospital
- Tamanney tidak hadir bekerja di kilang sejak 4 November dan dikurung serta dipukul oleh tuan rumah selepas pertikaian
- Pemeriksaan perubatan menunjukkan Tamanney mengalami pendarahan dalaman akibat hentakan kuat
- Polis menahan tuan rumah Irshad dan menyiasat kes sebagai pembunuhan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

