PBB beri amaran risiko kebakaran tinggi di pusat perlindungan Gaza

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa keluarga Palestin yang dipindahkan dan kini berlindung di pusat perlindungan yang sesak di Genting Gaza terus berdepan risiko kebakaran yang tinggi, selain ancaman kesihatan yang semakin meruncing susulan keperluan mendesak terhadap penempatan yang lebih selamat dan sesuai.
Menurut Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA), Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pada Sabtu memaklumkan ramai keluarga terpaksa memasak, tidur dan menyimpan barangan dalam ruang yang sempit dengan menggunakan api terbuka.
Keadaan itu menyaksikan sekurang-kurangnya 12 insiden kebakaran direkodkan di pusat perlindungan sejak November lalu.
OCHA turut memaklumkan bahawa dalam tempoh hanya 10 hari pada Februari, petugas kemanusiaan berjaya menyediakan perlindungan kepada 85 keluarga di Deir al-Balah dan Khan Younis selepas tempat perlindungan mereka musnah dalam kebakaran di Gaza City. - Bernama
Ringkasan AI
- PBB memberi amaran bahawa keluarga Palestin yang dipindahkan ke pusat perlindungan sesak di Genting Gaza berdepan risiko kebakaran tinggi dan ancaman kesihatan
- Ramai keluarga terpaksa memasak, tidur, dan menyimpan barangan dalam ruang sempit menggunakan api terbuka
- Sekurang-kurangnya 12 insiden kebakaran direkodkan di pusat perlindungan sejak November lalu
- OCHA menyatakan dalam tempoh 10 hari pada Februari, berjaya menyediakan perlindungan kepada 85 keluarga di Deir al-Balah dan Khan Younis selepas pusat perlindungan lama musnah akibat kebakaran
- Perlindungan dan keselamatan keluarga Palestin di Gaza menjadi keutamaan mendesak bagi PBB dan agensi kemanusiaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
