Lelaki dilanggar tren ketika leka tengok telefon bimbit

DUSSELDORF - Seorang lelaki berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di kepala selepas dilanggar tren di barat Jerman ketika berdiri di platform sambil melihat telefon bimbitnya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Jumaat memetik pihak berkuasa.
Kejadian itu berlaku di Stesen Kereta Api Leichlingen di negeri North Rhine-Westphalia pada Khamis.
Menurut polis persekutuan, lelaki itu leka dengan telefon bimbitnya dan berdiri terlalu dekat dengan tepi platform.
Ketika tren memasuki stesen, pemandu telah membunyikan amaran dan mengaktifkan brek kecemasan namun tidak dapat mengelakkan perlanggaran.
Lelaki berusia 27 tahun itu cedera parah dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans helikopter.
Laluan kereta api antara Leverkusen-Opladen dan Stesen Leichlingen ditutup sementara waktu. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang lelaki 27 tahun cedera parah di kepala dilanggar tren di Jerman ketika melihat telefon bimbitnya
- Kejadian itu berlaku di Stesen Kereta Api Leichlingen, North Rhine-Westphalia
- Lelaki itu berdiri terlalu dekat dengan tepi platform sambil leka melihat telefon
- Pemandu tren sempat membunyikan amaran dan mengaktifkan brek kecemasan namun gagal mengelakkan perlanggaran
- Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans helikopter dan laluan kereta api ditutup sementara waktu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
