Lelaki maut kena renjatan elektrik atas siling rumah

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terkena renjatan elektrik.
A
A
A

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika melakukan kerja di bahagian siling sebuah rumah di Taman Bukit Larang Indah, Telok Mas di sini pada malam Ahad.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padang Temu menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada jam 9 malam sebelum sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi.

Komander Operasi, PBK II Muhamad Shamser Mat Sharif berkata, sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas struktur siling rumah tersebut.

“Bomba menjalankan operasi menurunkan mangsa dari atas siling. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan di lokasi kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan.

Kes diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.03 malam.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lelaki maut kena renjatan elektrik di Telok Mas ketika melakukan kerja di siling rumah
  • Balai Bomba dan Penyelamat Padang Temu terima panggilan kecemasan pada jam 9 malam
  • Pasukan penyelamat jumpa mangsa tidak sedarkan diri di struktur siling
  • Mangsa berusia 52 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian
  • Kes diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!