X

Kindly register in order to view this article
!

Angka petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 terus meningkat

Angka petugas kesihatan yang dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) terus meningkat tujuh kes sekali gus menjadikan jumlahnya 80 orang.
A
A

PUTRAJAYA - Angka petugas kesihatan yang dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) terus meningkat tujuh kes sekali gus menjadikan jumlahnya 80 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham dalam kenyataannya berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

"Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan," katanya.

Semalam, beliau mengesahkan 73 kakitangannya disahkan positif. Daripada jumlah itu, seramai 39 daripadanya petugas kesihatan di Hospital Teluk Intan.

Senarai hospital yang dijangkiti Covid-19.
Senarai hospital yang dijangkiti Covid-19.

Pada sidang medianya semalam, Dr Noor Hisham menggesa kakitangannya yang menyertai majlis perkahwinan di Bangi dan Putrajaya pada 6 serta 7 Mac melaporkan kepada ketua jabatan masing-masing.

Seramai 1,895 anggota kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM telah menjalani ujian pengesahan.

Daripada jumlah itu, 1,187 adalah negatif manakala 708 lagi masih menunggu keputusan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus