TMJ bimbang masalah kesesakan lalu lintas apabila projek RTS mula operasi

TMJ menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi kelak.
TMJ menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi kelak.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi kelak.

Baginda bertitah, sehingga kini tiada penyelesaian menyeluruh dikemukakan bagi menampung peningkatan jumlah trafik, termasuk pelaksanaan sistem Autonomous Rapid Transit (ART) bertingkat atau alternatif pengangkutan lain di kawasan sekitar Bukit Chagar.

“Kerajaan Persekutuan memaklumkan bahawa tiada peruntukan mencukupi untuk menampung kos penyelenggaraan sekiranya penyelesaian bertingkat sepenuhnya dilaksanakan.

"Namun, Pulau Pinang mampu memperoleh projek LRT yang jauh lebih mahal berbanding sistem ART,” titah baginda dalam HRH Crown Prince Of Johor.

Sebelum itu, pada Mac tahun lalu, media melaporkan projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.

Tunku Mahkota Ismail turut bertitah bahawa baginda memantau secara rapat perkembangan beberapa projek kesihatan utama di negeri Johor seperti Hospital Pasir Gudang yang lewat siap, isu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) serta kelewatan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2).

Baginda berharap semua isu berkenaan dapat diselesaikan segera agar Johor tidak lagi seolah-olah diketepikan dalam aspek pembangunan negara.

RTS Link dijangka memulakan operasi penumpang menjelang Disember tahun depan, menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru ke Woodlands North di Singapura.

Apabila beroperasi kelak, RTS Link akan menggunakan lapan set tren tanpa pemandu, setiap satu terdiri daripada empat gerabak dengan kapasiti membawa lebih 600 penumpang setiap tren.

Artikel Berkaitan:

RTS Link akan mempunyai kapasiti puncak sehingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap hala.

 

 

Ringkasan AI

  • Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menzahirkan kebimbangan terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang akan berlaku apabila Projek Rapid Transit System Link antara Johor Bahru dan Singapura mula beroperasi
  • Tiada penyelesaian menyeluruh untuk menampung peningkatan jumlah trafik di kawasan sekitar Bukit Chagar meskipun telah dicadangkan pelaksanaan sistem Autonomous Rapid Transit
  • Kerajaan Persekutuan memberitahu tiada peruntukan cukup untuk menampung kos penyelenggaraan sistem pengangkutan bertingkat
  • Projek LRT Pulau Pinang diperoleh walaupun kosnya lebih mahal berbanding sistem ART
  • RTS Link dijangka beroperasi pada Disember tahun depan dengan kapasiti puncak 10,000 penumpang sejam setiap hala

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!